Isnin, 5 November 2012

MUZIK TRADISIONAL

NOBAT
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

   Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

   Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang tinggal berhampiran dengan kawasan Nobat dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui mengenai muzik Nobat ini.

   Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah Nobat hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di istana seperti adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat hendak dimainkan.




DONDANG SAYANG
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.

Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka.

Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka.


(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.
Pada masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan utama masyarakat untuk menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang di adakan. Tetapi, pada zaman yang serba moden ini nyanyian Dondang Sayang semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat muda.

(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama dalam mengambil langkah efektif untuk memastikan seni nyanyian Dondang Sayang tidak tenggelam ditelan zaman.



Sabtu, 3 November 2012

IDIOFON

ANGKLUNG
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang? Batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang.

Fungsi:
Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor.

Cara Bermain:
Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi.



CAKLEMPONG
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Gong kecil diperbuat dari perunggu berbentuk periok. Berbusut di tengah-tengah permukanya.

Fungsi:
Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan (1) Pencak Silat (ii) Tarian Piring (iii) Tarian Lilin (iv) Tarian Inai (Terinai) (v) Mengarak pengantin (vi) Randai (vii) Pelbagai lagu tempatan

Cara Bermain:
Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.



CERIK

Pengenalan
Diperbuat daripada kepingan buluh atau kayu dan tiap-tiap satu panjangnya berbeza di antara 12-15 inci dan 2-3 inci lebar.

Fungsi
Lazimnya cerik dimainkan untuk muzik pementasan makyung, menora dan mekmulung.

Cara Bermain
Kepingan-kepingan buluh atau kayu ini diikat dan dipukul dengan sepasang kayu.


Jumaat, 2 November 2012

MEMBRANOFON

BEDUK
Pengenalan:
Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan anak). Diperbuat dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki.

Fungsi:
Digunakan untuk tujuan persembahan wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat di kampung-kampung.

Cara Bermain:
Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja.



REBANA UBI
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz.

Fungsi:
Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.

Cara Bermain:
Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.



NAHARA

Pengenalan:
Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.

Fungsi:
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.

Cara Bermain:
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.



GEDUK
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak.

Fungsi:
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.

Cara Bermain:
Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu.

KARDOFON

BIOLA
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Biola dari Barat.

Fungsi:
Dimainkan untuk muzik hiburan diseluruh Malaysia. Digunakan untuk mengiringi nyanyian oleh pemain Gabbang dalam tarian `Dating-Dating' di Sabah.

Cara Bermain:
Tali digesek dengan pengeseknya.



GAMBUS
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi:
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain:
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.



ERR-HU
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi:
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara Bermain:
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.



SITAR
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear. 

Fungsi:
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara Bermain:
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.



SAPEH
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)


Pengenalan:
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. 

Fungsi:
Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.

Cara Bermain:
Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.



VENNA
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.

Fungsi:
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain:
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.



REBAB
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Fungsi:
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara Bermain:
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.




Khamis, 1 November 2012

ALAT MUZIK TRADISIONAL


Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional.

1. Kardofon
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.



2. Membranofon
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.



3. Erofon
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.



4. Idiofon
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.



5. Erofon Bebas
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

PENGENALAN



Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia ialah Melayu, Cina, India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik di mana ia tidak terdapat di negara lain.
Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak.
Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.
Di sini, saya kupaskan beberapa muzik dan juga alat muzik terkenal di Malaysia.