Terdapat
lima kategori Alat Muzik Tradisional.
1. Kardofon
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan
bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab,
sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.
2. Membranofon
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang
menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan
dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori
membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.
3. Erofon
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi
melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis
alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain
lain yang sejenis.
4. Idiofon
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan
bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik
idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori
idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron
dan gendir dalam ensemble gamelan.
5. Erofon Bebas
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang
menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat
adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza
dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa
dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan
bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan