Tali digesek dengan pengeseknya.
GAMBUS
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)
Pengenalan:
|
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian
badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut
binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir
dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan
sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau
kulit biawak.
|
|
Fungsi:
|
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan
persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti
joget dan zapin di Johor.
|
|
Cara
Bermain:
|
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.
ERR-HU
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)
|
Pengenalan:
|
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat
dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
|
|
Fungsi:
|
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan,
dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.
|
|
Cara
Bermain:
|
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di
main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya
memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek
seperti cello.
SITAR

(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)
Pengenalan:
|
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2
hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung).
Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.
|
|
Fungsi:
|
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari
sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada
berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan
melodi.
|
|
Cara
Bermain:
|
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau
sebagai alat solo.
SAPEH
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)
Pengenalan:
|
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya
panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang.
Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban
Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
|
|
Fungsi:
|
Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan
Kelabit di Sarawak.
|
|
Cara
Bermain:
|
Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan
jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan
tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.
VENNA
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)
Pengenalan:
|
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan
tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan
belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah
dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan
lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada
pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung
penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang
digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.
|
|
Fungsi:
|
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.
|
|
Cara
Bermain:
|
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari
sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali
diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga
melodinya.
REBAB

(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)
Pengenalan:
|
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan
mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada
kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian
atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada
perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah
ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi
bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau
papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya
berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi
badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu
diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah
dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan
melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang
kelapa dan kini digunakan tali tangsi.
|
|
Fungsi:
|
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri
dan Selampit di Kelantan.
|
|
Cara
Bermain:
|
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk
bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal
ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau
menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic.
Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th
dan perfect 5 th.
|
|
|
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan