Sabtu, 3 November 2012

IDIOFON

ANGKLUNG
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang? Batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang.

Fungsi:
Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor.

Cara Bermain:
Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi.



CAKLEMPONG
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)

Pengenalan:
Gong kecil diperbuat dari perunggu berbentuk periok. Berbusut di tengah-tengah permukanya.

Fungsi:
Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan (1) Pencak Silat (ii) Tarian Piring (iii) Tarian Lilin (iv) Tarian Inai (Terinai) (v) Mengarak pengantin (vi) Randai (vii) Pelbagai lagu tempatan

Cara Bermain:
Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.



CERIK

Pengenalan
Diperbuat daripada kepingan buluh atau kayu dan tiap-tiap satu panjangnya berbeza di antara 12-15 inci dan 2-3 inci lebar.

Fungsi
Lazimnya cerik dimainkan untuk muzik pementasan makyung, menora dan mekmulung.

Cara Bermain
Kepingan-kepingan buluh atau kayu ini diikat dan dipukul dengan sepasang kayu.


2 ulasan: