Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan
sahaja.
REBANA UBI
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)
Pengenalan:
|
Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat.
Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di
kakinya. Ada tiga saiz.
|
|
Fungsi:
|
Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh
penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di
Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.
|
|
Cara
Bermain:
|
Rebana digantung melintang dan dipalu dengan
tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.
NAHARA
Pengenalan:
|
Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan
berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga
dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.
|
|
Fungsi:
|
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan
kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat
pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan
diRaja.
|
|
Cara Bermain:
|
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua
batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang
kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning
diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.
GEDUK
(klik gambar untuk menonton video contoh alat muzik dimainkan)
Pengenalan:
|
Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan
mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing.
Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih
panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke
atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu
besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak.
|
|
Fungsi:
|
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.
|
|
Cara
Bermain:
|
Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain.
Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu.
|
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan